Ahad, 23 Februari 2014

Seminar "Smart Study Skills" Daerah Tawau 2014

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Pada hari Jumaat lalu, sekali lagi MGKK Daerah Tawau membuat program. Peserta- peserta terdiri daripada guru - guru bimbingan sekolah rendah dan sekolah menengah. Penceramah jemputan ialah Encik Osman Affan merupakan pengasas SMART Study. 

Seawal 7 pagi, ramai guru bimbingan sudah berkumpul di Dewan SJK (C) Chung Hwa untuk mendaftar. Alhamdulillah ramai guru bimbingan hadir pada seminar tersebut. Suasana seminar amat meriah dan menarik dengan pelbagai aktiviti yang membawa kami ke alam kanak - kanak semula. Jomlah kita lihat beberapa keping gambar yang sempat kami ambil semasa seminar


Pendaftaran dan Cikgu Suhaidi berbincang bersama Encik Osman Affan


Beberapa orang guru bimbingan berbincang dan salah satu aktiviti di dalam seminar


Encik Osman menerangkan aktiviti dan gambar kenangan bersama guru bimbingan


 Gambar kenangan bersama Encik Osman Affan

Tiada ulasan: