Khamis, 13 Februari 2014

Mesyuarat Pengurusan Guru Bimbingan Dan Kaunseling Daerah Tawau Kali Pertama Tahun 2014

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Seramai 90 orang guru bimbingan dan kaunseling sekolah rendah dan menengah berhimpun di SK Bahagia bagi menghadiri mesyuarat pengurusan BK kali pertama bagi tahun 2014. Pegawai PPD turut hadir pada mesyuarat tersebut iaitu Tuan Haji Herman Kuraga. Mesyuarat in membincangkan perancangan dan pelaksanaan program sepanjang tahun 2014.

Selain itu, ada pembentangan dari setiap biro MGKK Tawau. Setiap biro membentangkan perancangan dan pelaksanaan program sepanjang tahun. Biro ini telah dibentuk pada bulan lalu dikalangan ahli Majlis Tertinggi MGKK Tawau. Sebanyak 12 biro dibentuk. Mesyuarat tamat pada pukul 10.30 pagi




Tiada ulasan: