Ahad, 23 Februari 2014

Seminar "Smart Study Skills" Daerah Tawau 2014

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Pada hari Jumaat lalu, sekali lagi MGKK Daerah Tawau membuat program. Peserta- peserta terdiri daripada guru - guru bimbingan sekolah rendah dan sekolah menengah. Penceramah jemputan ialah Encik Osman Affan merupakan pengasas SMART Study. 

Seawal 7 pagi, ramai guru bimbingan sudah berkumpul di Dewan SJK (C) Chung Hwa untuk mendaftar. Alhamdulillah ramai guru bimbingan hadir pada seminar tersebut. Suasana seminar amat meriah dan menarik dengan pelbagai aktiviti yang membawa kami ke alam kanak - kanak semula. Jomlah kita lihat beberapa keping gambar yang sempat kami ambil semasa seminar


Pendaftaran dan Cikgu Suhaidi berbincang bersama Encik Osman Affan


Beberapa orang guru bimbingan berbincang dan salah satu aktiviti di dalam seminar


Encik Osman menerangkan aktiviti dan gambar kenangan bersama guru bimbingan


 Gambar kenangan bersama Encik Osman Affan

Khamis, 13 Februari 2014

Mesyuarat Pengurusan Guru Bimbingan Dan Kaunseling Daerah Tawau Kali Pertama Tahun 2014

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Seramai 90 orang guru bimbingan dan kaunseling sekolah rendah dan menengah berhimpun di SK Bahagia bagi menghadiri mesyuarat pengurusan BK kali pertama bagi tahun 2014. Pegawai PPD turut hadir pada mesyuarat tersebut iaitu Tuan Haji Herman Kuraga. Mesyuarat in membincangkan perancangan dan pelaksanaan program sepanjang tahun 2014.

Selain itu, ada pembentangan dari setiap biro MGKK Tawau. Setiap biro membentangkan perancangan dan pelaksanaan program sepanjang tahun. Biro ini telah dibentuk pada bulan lalu dikalangan ahli Majlis Tertinggi MGKK Tawau. Sebanyak 12 biro dibentuk. Mesyuarat tamat pada pukul 10.30 pagi




Selasa, 11 Februari 2014

Bengkel Kaunseling Kesihatan Mental Dan Trauma Daerah Tawau Tahun 2014

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.


Program                 : Bengkel Kaunseling Kesihatan Mental Dan Trauma Daerah Tawau 2014

Penganjur               :  Majlis Guru Kaunseling Daerah Tawau, 

Dengan Kerjasama :  Pejabat Pendidikan Daerah Tawau. 
                                 Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Tarikh                      :  10 Februari Hingga 11 Februari 2014

Tempat                    :  SJK (C) Chung Hwa, Batu 6 Jalan Apas

Jumlah Peserta        :  60 orang peserta

Penceramah            :  Profesor Madya Dr. Mohammad Aziz Shah Bin Mohamed Arip,                                               Profesor Madya UPSI.

                                  Dr. Mohammad Nasir Bin Bistamam, Ketua Jabatan Bimbingan Dan 
                                  Kaunseling, UPSI.

                                  Dr Samsiah Binti Mohd Jais, Pensyarah Kanan UPSI.

PENGENALAN

Bengkel Kaunseling Kesihatan Mental dan Trauma Peringkat Daerah Tawau ini diadakan khas untuk guru - guru bimbingan dan kaunseling di sekolah rendah dan sekolah menengah daerah Tawau. Seramai 60 orang peserta telah dipilih untuk menyertai bengkel selama dua hari ini. Bengkel ini bertujuan melatih kaunselor - kaunselor yang mampu melaksanakan tugas apabila berlakunya peristiwa krisis dan trauma di daerah Tawau.

OBJEKTIF KURSUS

Diharapkan para peserta dapat :
  1. Berupaya memahami konsep - konsep penting kesihatan mental dan trauma
  2. Meningkatkan kesedaran dan keupayaan mengenalpasti peristiwa kehidupan yang traumatik
  3. Berupaya mengaplikasikan kemahiran asas intervensi krisis menggunakan 'The Six Step Model'
  4. Berkebolehan membuat pentaksiran krisis berdasarkan 'The Six-Step Model'
  5. Memahami aspek psikososial, proses dan teknik kaunseling trauma serta kebolehan mengaplikasinya.
  6. Mengetahui model kaunseling trauma
  7. Mengetahui ciri - ciri peribadi kaunselor trauma berkesan
JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat
Haji Herman Kuraga 
(Penyelia UBK PPD Tawau)

Penyelaras
Shuhaidi Abu Seman 
YDP MGK Tawau

Timbalan Penyelaras
Roslan Tollah
NYDP MGK Tawau

Pengarah
Mohd Ali Ahmad

Pendaftaran & Urusetia
Norlailah Cheng Cheng
Norhayati Ag Besar
Yusrizan Yusop
Rosnanie Mohd Alie

Bahan Edaran
Safiah Junggan
Teoh Poay Tann

Pengacara
Norliza Zakaria

PA Sistem
Mohammad Umrah Bin Haji Manimbora
Jupri Tallong

Persiapan Tempat
Samin Sambang
Sulaiman Haji Sabri

Perhubungan
Roslan Tollah
Mohd Ali Ahmad

Jurugambar
Mastuti Mohammad

Sijil
Titi Abdul Razak

Hadiah
Kasmah Matto

Makan Minum
Maizura Musliman


ATURCARA PROGRAM

Hari Pertama : 10 Februari 2014 (Isnin)

Masa                                            Aktiviti
07.30 - 08.00 am                         Pendaftaran
                                                  Sarapan
08.00 - 08.15 am                         Pra Ujian
08.15 - 09.30 am                         Suaikenal dan Penetapan Setting
09.30 - 12.00 am                         Pengenalan Kesihatan Mental Dan Trauma
12.00 - 01.30 pm                         Makan Tengahari
01.30 - 02.30 pm                         Intervensi Krisis PTSD Resiliensi
02.30 - 04.30 pm                         Latihan Dalam Kelompok

Hari Kedua : 11 Februari 2014 (Selasa)

Masa                                            Aktiviti
07.30 - 08.00 am                         Pendaftaran
                                                  Sarapan
08.00 - 09.30 am                         Intervensi Krisis
09.30 - 12.00 pm                         Roleplay Intervensi Krisis
12.00 - 01.30 pm                         Makan Tengahari
01.30 - 04.00 pm                         Kaunseling Trauma
04.00 - 04.30 pm                         Majlis Perasmian Penutupan

GAMBAR AKTIVITI


 Barisan Tenaga Pengajar dan para guru kaunselor daerah Tawau


Penerangan Roleplay Intervensi Krisis

Terima kasih dan tahniah kepada semua guru bimbingan yang hadir semasa bengkel tersebut.